Sukan Hari Ini

Hodgson Akan Terus Pimpin England Ke Euro 2016 – Horne

hodgsonPENGURUS England, Roy Hodgson mendapat sokongan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) untuk terus menerajui skuad kebangsaan ke Kejuaraan Eropah yang akan datang di Perancis selepas tamat Piala Dunia tahun ini.

Alex Horne, salah seorang daripada empat pegawai yang melantik Hodgson,66, sebagai bos England , memberitahu The Times bahawa dia tidak nampak apa-apa sebab untuk membuat perubahan sebelum Euro 2016.

“Secara peribadinya, Roy adalah pengurus kami ke Perancis dan saya gembira dengan itu, sangat gembira.

“Saya rasa dia cemerlang. Dia adalah yang orang yang sesuai dengan apa yang kita mahukan,” katanya.

Mengenai prestasi yang mahu dilihat menjelang perlawanan Piala Dunia di Brazil bertemu Itali, Uruguay dan Costa Rica dalam Kumpulan D, Horne berkata, rekod tanpa kalah pada aksi kelayakan telah membuktikan nilai sebenar Hodgson.

“Markah lulus? Bagi saya, dia telah membuktikannya apabila berjaya melalui peringkat itu.

“Kami ada keyakinan. Kami bersedia dan optimistik yang kami akan melalui saat itu dengan penuh gembira dan bermain dengan baik.

“Ia bukan saingan kumpulan yang mudah dan bukan juga perlawanan yang senang,” katanya.

Hodgson sangat berpenglaman apabila mengetuai pasukan Switzerland ke Piala Dunia pada tahun 1994 dan Euro 96 sebelum mengambil alih tugas dari pegurus Itali Fabio Capello pada Mei 2012 bagi mengemudi skuad The Three Lions ini.

“Roy telah menyempurnakan pasukan dan melayakkan kami untuk berada dalam kumpulan sukar.

“Dia terus menyakinkan kami, menang dua perlawanan akhir sebelum ini (lawan Montenegro dan Poland). Saya memang menghormatinya.

Dalam pada itu Horne juga memberitahu The Times bahawa pihak FA telah membida untuk menjadi tuan rumah pada perlawanan pembukaan Euro 2020.

Dia penuh yakin berkata, Wembley akan mendapat tiga perlawanan, dua dalam aksi peringkat kumpulan dan satu lagi untuk perlawanan suku akhir dan turut menekankan badan bola sepak Eropah (UEFA) untuk kebenaran menganjurkan perlawanan pembukaan.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");