Sukan Hari Ini

Barisan Pemain Terengganu Dan T-Team Akan Dirombak – PBSNT

PBDKT-T-TeamKUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan merombak barisan pemain dalam pasukan negeri Terengganu dan T-Team.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, rombakan itu dilakukan memandangkan pintu perpindahan pemain bakal dibuka pada April nanti.

Katanya, pertukaran pemain yang bakal dilakukan itu bukan sahaja melibatkanpemain import malah berkemungkinan besar turut membabitkan pemain tempatan.

“Keputusan itu akan dibuat sekiranya pemain kedua-dua pasukan itu masih tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing selepas saingan Liga Super kembali bersambung 8 Mac nanti.

“Langkah yang kita lakukan ini untuk memantapkan kedua-dua pasukan itu dan kini kita sedang mengintai beberapa pemain import di beberapa negara,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Namun, kata Wan Ahmad Nizam, rombakan ini bukan melibatkan semua pemain import dan pihaknya sudah mengenal pasti siapa yang bakal diketepikan.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu melakukan kesilapan mengambil pemain kerana ia jelas merugikan pasukan.

Walaupun pasukan Terengganu kini berada di persada Liga Super namun ia tidak terkecuali berdepan dengan pertukaran pemain nanti.

“Rombakan pemain dalam pasukan Terengganu perlu dilakukan juga kerana kita mahu memastikan pasukan ini terus mantap, malah saya masih kecewa dengan pretasi yang dipamerkan sebahagian pemain import.

“Matlamat utama kita mahu lihat pasukan Terengganu terus kekal di puncak liga manakala T-Team bangkit daripada kedudukan tercorot liga dan berada di kedudukan terbaik,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim supaya tidak terlalu selesa dan mendabik dada setelah menduduki tangga teratas liga sebaliknya terus mengekalkan momentum permainan mereka.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");