Perak Hari Ini

BRIM 3.0 Bakal Diagihkan Terus Ke Akaun Bank Penerima

PERAKTODAY6

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 22 Februari depan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata secara kasarnya, antara 70 hingga 80 peratus penerima mempunyai akaun bank masing-masing manakala bagi yang tiada akaun pula, proses penyerahan bakal dibuat dengan menggunapakai kaedah sebelum ini, bermula dari 23 Febuari nanti.

Jelasnya lagi, proses penyerahan bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat dan ia pasti mengambil sedikit masa untuk proses memasukkkan BRIM ke setiap akaun bank penerima.

“Untuk pengagihan BRIM pada masa hadapan, kita akan mengkaji semua aspek termasuklah yang merangkumi perbincangan komuniti polisi fiskal,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Chemor, hari ini.

Tambah Ahmad Husni lagi, pengagihan subsidi seperti BR1M merupakan pilihan terbaik untuk membantu rakyat dengan cara yang lebih menyeluruh.

“Berikutan harga barang yang tidak begitu stabil kini, kita melihat pemberian subsidi seperti BR1M akan memberikan kebaikan dan kemudahan kepada rakyat,” jelasnya lagi

Ujarnya lagi, Kementerian kewangan turut mengkaji beberapa kaedah terbaik yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun memuji semangat 1Malaysia yang dipamerkan oleh penduduk kawasan Tambun apabila bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana meriah dan harmoni.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");