Jenayah

Lelaki Mati Ditembak Di Flat Perai Jaya

tembak mati
BUTTERWORTH: Seorang lelaki mati selepas ditembak dua suspek dalam satu kejadian di blok E1 Flat Perai Jaya, di sini malam Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya mengenai kepala.

“Kita difahamkan ketika kejadian mangsa berada di sebuah kedai serbaneka yang terletak kira-kira 200 meter dari flat itu lalu bertembung dengan dua suspek terbabit sebelum mereka mengejarnya sehingga ke bawah flat berkenaan.

“Sebaik sampai di situ, seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana masing-masing mengenai tangan kanan, tengkuk dan kepala. Dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal pagi Ahad.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Nasir berkata, polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian danpihaknya percaya mangsa mengenali dua lelaki yang menembaknya itu.

“Motif kejadian masih belum diketahui tetapi kita tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dendam. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan termasuk yang ada di flat berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa juga mempunyai sembilan rekod jenayahtermasuk pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) selama dua tahun dan kespergaduhan.

“Kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");