Berita Hari Ini

Buku Ammar jadi inspirasi

buku ammar

SHAH ALAM – Buku kisah hidup Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar diharap akan menjadi inspirasi kepada anak muda untuk mengetahui fitrah ALLAH SWT dan menjadi generasi berwawasan.

Bapa Ammar, Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, buku ini ditulis 16 penulis yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat Allahyarham.

“Dalam buku ini menceritakan pemergian Allahyarham menjadi titik tolak kepada pendedahan aktiviti keagamaan dan kemanusiaan yang disertainya termasuk peribadinya yang menjadi teladan masyarakat,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengasas Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) hadir melancarkan buku tersebut, semalam.

Hadir sama,  Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu, Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab menerbitkan buku ini sebagai satu langkah menyebarkan dakwah yang telah Ammar asaskan.

“Sesiapa saja yang membeli buku ini telah menanam saham akhirat, kerana daripada hasil royalti buku ini kami akan serahkan kepada GPTD untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Ammar yang dikatakan tertangguh,” katanya.

Beliau berharap orang ramai bukan hanya membeli untuk diri sendiri, sebaliknya membeli untuk diletakkan di perpustakaan supaya masyarakat dapat membaca dan mengetahui perjuangan Ammar.

” Permintaan amat menggalakkan. Kini, Karangkraf mengulang cetak yang ketiga. Cetakan yang pertama sebanyak 10,000 naskhah habis dijual kami juga menerima tempahan awal dari kedai besar dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula pada  24 April depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya.

Allahyarham meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.

Istimewanya Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.

Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An-Nur kepada pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");