Sukan Hari Ini

Chelsea kekal di persada

chelsea

CHELSEA mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumpaskan Everton 1-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kemenangan Chelsea itu meletakkannya satu mata di hadapan Arsenal yang mengumpul 59 mata selepas 27 perlawanan setakat ini.

Dalam perlawanan itu, skuad The Blues perlu berterima kasih kepada jaringan lewat minit kaptennya, John Terry pada masa kecederaan untuk membolehkan mereka membawa pulang tiga mata berharga.

Sementara itu, Olivier Giroud pula meledak dua gol ketika membantu Arsenal membenam Sunderland 4-1 untuk terus menghambat rapat Chelsea, manakala jaringan Yaya Toure pada minit ke-70 membolehkan City menang tipis 1-0 ke atas Stoke City di Stadium Etihad.

Dalam pada itu, Wayne Rooney pula membantu Manchester United naik ke tangga keenam Liga untuk kali pertama sejak November tahun lalu dalam kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace.

Rooney memastikan kemenangan selepas Robin van Persie menyempurnakan sepakan penalti untuk United mendahului.

Kemenangan itu meletakkan pasukan David Moyes itu mengumpul 45 mata – lapan mata di belakang pasukan di tempat keempat, Liverpool, dalam saingan untuk tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Chelsea 1 – 0     Everton

Arsenal 4 – 1     Sunderland

Cardiff City 0 – 4 Hull City

Manchester City 1 – 0     Stoke City

West Bromwich 1 – 1 Fulham

West Ham United 3 – 1     Southampton

Crystal Palace     0 – 2     Manchester United

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");