Isu Panas

“Saya Sedia Disiasat SPRM” – Ahmad Said

ahmad ssaidKEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sebagaimana didakwa pembangkang.

“Saya sedia disiasat SPRM…saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini,” kata kepada pemberita selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini, Sabtu.

Beliau menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM itu tidak lebih sekadar permainan politik.

Pada Jumaat, Syed Azman bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahRaja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku danpenyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.

Beliau menyerahkan enam dokumen yang berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuksiasatan itu.

“Selebihnya…saya enggan komen,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");