Sukan Hari Ini

Cuaca buruk jejas rentak Azlan

aksi azlan

PELUMBA Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan ujian rasmi pra-musim kedua Moto2 dengan sedikit hampa selepas gagal mencatat masa sepusingan memberangsangkan ekoran cuaca buruk sepanjang tiga hari ujian tersebut berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol.

Pelumba berusia 30 tahun itu turut terlibat dalam tiga kemalangan berasingan sewaktu ujian tersebut, namun pelumba Honda Team Asia itu dilaporkan berada dalam keadaan baik dan masih berpandangan positif menjelang sesi ujian rasmi ketiga yang akan berlangsung di litar sama, awal bulan hadapan.

Azlan melengkapkan 208 pusingan di atas litar sepanjang 4.4 kilometer itu dan mencatat masa terbaik 1 minit 44.693 saat di kedudukan 32 keseluruhan, 2.524 saat ketinggalan berbanding pendahulu, Mika Kallio dari Marc VDS Racing Team dengan catatan masa terpantas 1’42.169s.

Melengkapkan senarai lima pelumba terbaik pada sesi ujian tersebut adalah rakan sepasukan Mika, Tito Rabat (1’42.233s), Thomas Luthi (1’42.254s), rakan sepasukan Azlan, Takaaki Nakagami (1’42.465s) dan Alex De Angelis (1’42.847s).

“Jerez adalah litar yang amat mencabar dan cuaca sejuk serta tahap penglihatan yang kurang baik terutama pada sesi pagi lebih menyukarkan keadaan.

“Kami terpaksa menunggu hingga keadaan benar-benar baik sebelum turun ke litar. Namun begitu, saya masih tidak berupaya mencapai sasaran yang ditetapkan kerana terdapat ramai pelumba di atas litar, termasuk pelumba-pelumba kategori Moto3.

“Jadi kami lebih tertumpu kepada mencari keserasian serta mengenal pasti kelebihan dan kekurangan jentera Kalex yang kami gunakan.

“Hasil bantuan Nakagami serta panduan daripada pengurus pasukan, saya kini lebih selesa menunggangnya. Buat masa sekarang, saya cuma berharap dapat merekodkan masa yang lebih baik pada ujian pra-musim terakhir bulan hadapan,” jelas Azlan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");