Jenayah

10 pelajar kena serangan histeria

histeria

PUCHONG – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong (1) tergendala apabila 10 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Kejadian itu dilaporkan bermula sejak Isnin lalu dan bertambah serius semalam ketika pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai di surau sebelum sesi persekolahan dimulakan.

Menurut sumber, kejadian histeria itu difahamkan tercetus apabila sebuah tandas lama di tingkat dua digunakan semula untuk kegunaan guru lelaki.

“Sejak tandas itu dibuka dan digunakan, bermulalah siri kerasukan ini tapi tak serius seperti semalam. Sebelum ini hanya beberapa pelajar sahaja diganggu.

“Semalam pihak sekolah adakan bacaan Yasin, tiba-tiba suasana gempar apabila dua pelajar dirasuk dan ia berjangkit hingga 10 orang termasuk guru dan kakitangan pelbagai bangsa,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Mangsa histeria itu kemudian dikumpulkan dalam sebuah bilik untuk diberikan rawatan oleh pengamal perubatan Islam yang dibawa oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Dalam pada itu, pengetua sekolah berkenaan, Rosnah Ab Rahman memaklumkan, keadaan mulai kecoh apabila pelajar menghubungi ibu bapa masing-masing untuk menjemput mereka pulang.

“Namun semuanya kembali terkawal setelah rawatan dilakukan dan sesi persekolahan sebelah petang diteruskan seperti biasa.

“Pelajar dan kakitangan terlibat diarahkan pulang untuk berehat, tiada apa perlu dibimbangkan. Sekiranya insiden berterusan, pihak sekolah akan usahakan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");