Perak Hari Ini

DCA Buat Kajian Jangka Masa Panjang Terhadap LTSAS: Dr Zambry

zamri tbc

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menjalankan lagi satu kajian terhadap kesan dan tahap keselamatan Lapangan Sultan Terbang Azlan Shah (LTSAS) Ipoh yang dinaiktaraf bagi tempoh jangka masa panjang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri mengakui berasa kecewa dengan apa yang dilaporkan sebelum ini berhubung projek menaiktaraf lapangan terbang tersebut.

“Pihak DCA akan membuat satu lagi kajian untuk mendapatkan keputusan sebenar sama ada masalah yang wujud itu akan beri kesan atau tidak bagi tempoh jangka jangka panjang kepada LTSAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (PCCCI) Perak di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, sebelum ini, kerajaan negeri merancang menjadikan LTSAS sebagai pusat penerbangan untuk rantau ASEAN dengan menggunakan pesawat ATR yang memakan masa perjalanan antara dua hingga tiga jam sahaja.

Selain itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) katanya, akan dimaklumkan mengenai tahap keselamatan landasan kapal terbang itu pada pertengahan Februari nanti.

“Kajian yang dilakukan syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan itu akan diumumkan pertengahan Februari ini,” katanya lagi.

Sementara itu, kerajaan negeri juga katanya, optimis pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2014 akan terus meningkat berdasarkan kepada perkembangan pesat dalam sektor pembinaan dan perkilangan.

Ujarnya, kedua-dua sektor tersebut menunjukkan trend yang positif dan kerajaan negeri juga akan terus menggiatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

“Saya akan umumkan beberapa lagi projek yang akan dilaksanakan di Perak tidak lama lagi dan terbaru kerajaan negeri mengumumkan pelancaran projek Kinta Lake District Development di Seri Iskandar,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");