Berita Hari Ini

Dilema Ejen Jualan Langsung

Dilema

BATU PAHAT – Beberapa peniaga sebuah syarikat jualan langsung berada dalam dilema, apabila syarikat induk mereka tidak memperbaharui lesen perniagaan.

Sepatutnya, dakwa peniaga berkenaan, syarikat jualan langsung itu perlu memperbaharui lesen perniagaan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setiap dua tahun.

Salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hamdan, 47, berkata, lesen perniagaan syarikat terbabit telah tamat tempoh pada 10 Julai 2013, tetapi sehingga kini pemilik enggan memperbaharuinya.

Katanya, syarikat tersebut bukan sahaja tidak memperbaharui lesen dengan KPDNKK, tetapi menyuruh peniaga menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Bukannya kami tidak mahu berniaga…tetapi kami takut tindakan undang-undang yang dikenakan kepada kami kerana seolah-olah berniaga ‘secara haram’ tanpa lesen.

“Ada masa kami juga merasakan diri kami ini seperti pencuri, melakukan kegiatan yang salah dan sentiasa berada dalam ketakutan…sedangkan kami ini hanya berniaga sahaja.

“Difahamkan, punca KPDNKK tidak memperbaharui lesen perniagaan berkenaan disebabkan Kementerian Kesihatan tidak meluluskan beberapa produk herba yang dijual syarikat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia yang sudah menyertai syarikat jualan langsung terbabit semenjak 2011 lagi mengakui produk syarikat itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Katanya, walaupun terpaksa meneruskan perniagaan, dia tetap rasa bersalah kepada pelanggannya, kerana seolah-olah menipu mereka dengan menjual produk daripada syarikat yang tidak mempunyai lesen sah.

“Saya dan rakan-rakan mengharapkan agar pemilik syarikat perniagaan ini dapat memperbaharui lesen perniagaannya, dan seterusnya tidak menyukarkan kami melakukan aktiviti perniagaan seperti biasa.

“Jika tiada lesen perniagaan yang dikeluarkan KPDNKK, saya harapkan syarikat dapat memberhentikan seketika sehingga lesen berkenaan diperoleh seperti sebelumnya.

“Saya dan rakan-rakan turut mengharapkan jika pemilik syarikat enggan memperbaharui lesen, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana kami sebenarnya yang merana,” katanya.

Menurutnya, beberapa rakannya juga bermasalah untuk membuka cawangan perniagaan, apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan pelbagai lesen seperti perniagaan dan papan tanda disebabkan tiada kelulusan KPDNKK.

 

 

 

– SINAR HARIAN –

http://www.sinarharian.com.my/dilema-ejen-jualan-langsung-1.246485

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");