Jenayah

Pati Bawa Lori Ayam Kantoi

Pati bawa lori ayam kantoi

JOHOR BAHRU – Seramai lapan warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan yang dilakukan di dua kedai runcit di Taman Pulai Indah dekat Kangkar Pulai, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dilakukan kira-kira 1.10 pagi adalah hasil maklumat orang ramai yang melibatkan 12 anggota itu berjaya menahan kesemua warga Indonesia yang berumur antara 21 hingga 28 tahun.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Kharulanuar Abu Bakar berkata, ketika serbuan dilakukan kesemua lelaki itu sedang bekerja di kedai runcit yang dibuka 24 jam yang dimiliki dua individu bertaraf penduduk tetap.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, sebuah lori ayam tiba dan dua pekerja lori tersebut memunggah ayam tanpa menyedari kehadiran anggota imigresen.

“Kemudian selepas menyedari kehadiran kami mereka cuba melarikan diri dan anggota imigresen bertindak merampas kunci lori tersebut dan mereka turut ditahan.

“Kita turut merampas lori berkenaan dan kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kharulanuar berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa.

“Mereka juga turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah dan didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 

 

 

 

– SINAR HARIAN –

http://www.sinarharian.com.my/pati-bawa-lori-ayam-kantoi-1.246465

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");