Perak Hari Ini

Kepelbagaian Budaya, Perayaan Jadi Tarikan Pelancong Lawat Malaysia

tbc

Kepelbagaian budaya dan perayaan yang diraikan masyarakat pelbagai kaum berupaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk mengunjungi negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata salah satu perayaan yang disambut secara meriah oleh pelbagai kaum di Malaysia ialah sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya berasa bangga kerana sambutan Tahun Baru Cina peringkat Perak berlangsung dalam suasana meriah apabila dihadiri lebih 10,000 tetamu yang mewakili lapisan masyarakat termasuklah kaum Orang Asli dan juga pelancong asing.

“Sambutan ini juga melambangkan konsep 1Malaysia dan kehadiran ramai tetamu ini juga merupakan satu petanda baik kepada usaha kita untuk mengekalkan keharmonian yang sedia terjalin selama ini,” katanya kepada pemberita di Chendering, dekat Tapah, malam tadi.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan mencemar duli memeriahkan sambutan itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mengulas lanjut, Hang Soon menegaskan kepelbagai budaya yang diwarisi rakyat juga menjadi kelebihan untuk menarik lebih ramai pelancong melawat negara ini.

“Sambutan seperti ini menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama rakyat jelata, sekaligus mewar-warkan kepada mereka keunikan dan kelebihan yang kita miliki,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");