Perak Hari Ini

Kesavan Buat Laporan Polis, Nafi Utus Surat Keluar PKR

PERAKTODAY2

“Individu berkenaan cuba memburukkkan nama dan reputasi saya dan berkemungkinan juga niatnya untuk mencemar imej parti.”

Begitu ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan berkenaan penyebaran surat palsu perletakan jawatannya sebagai wakil rakyat dan mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tersebar secara meluas di laman media sosial, semalam.

Kesavan yang memegang jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR  berkata, surat palsu tersebut telah dihantar kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk SK Devamany.

“Saya terkejut melihat maklumat pada surat palsu tersebut yang memaparkan nama dan nombor kad pengenalan saya selain turut mengisytiharkan saya keluar daripada PKR.

“Justeru, saya telah menghubungi Speaker dan memaklumkan kepadanya berkenaan surat palsu itu,” katanya.

Jelasya lagi, fitnah tersebut telah tersebar luas dan mendapat perhatian daripada semua pihak termasuklah penyokongnya yang mahu penjelasan berkenaan kesahihan surat tersebut.

“Saya juga telah berjumpa sendiri dengan Speaker untuk mengetahui bagaimana cara surat tersebut dihantar dan siapa yang menghantarnya,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus membuat laporan polis di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Kesavan berharap agar kerajaan negeri Perak akan membuat laporan polis berkenaan penyebaran fitnah tersebut supaya ia tidak mencemarkan institusi tersebut.

Beliau juga mahu laporan polis  itu mendapat perhatian dan siasatan sewajarnya supaya individu yang terlibat dapat diberkas dengan segera.

“Ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh mencemarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak kerana individu ini mempermainkan kredibiliti dewan undangan negeri,” katanya.

Katanya lagi, tandatangan pada surat tersebut adalah sangat berbeza daripada tandatangannya yang sebenar.

Jelasnya lagi, peristiwa ini sedikit sebanyak telah mengganggu aktiviti sehariannya yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada Isnin ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");