Sukan Hari Ini

Kurang Kos, LTdL 2014 Tetap Jamin Kualiti

LTdL_TM

Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Abdul Jalil Abdullah (tiga, kiri) menerima penajaan daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) yang disampaikan Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman (empat, kanan) pada majlis penajaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 di Bukit Jalil, Selasa. Turut kelihatan Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal (kiri), Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan (tiga, kanan), pelumba negara (dari kanan) Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohd Fahruddin Dawod.? -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengurangan kos penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 bukan alasan untuk tidak memberi yang terbaik pada edisi ke-19 yang akan berlangsung 27 Februari hingga 8 Mac ini.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, peruntukan sebanyak RM18 juta tahun ini digunakan sebaik-baiknya.

“Dari segi nilai memang tahun ini jumlah berbeza daripada tahun lepas (RM20 juta) dan ia bukanlah alasan untuk tidak menjadikan acara tahun ini lebih meriah.

“Malah kita berjaya menarik enam pasukan pro yang sah beraksi kali ini.

“Tahun ini juga kita merancang sedikit kelainan kerana kita akan mengadakan majlis pengenalan pasukan secara besar-besaran sebelum perlumbaan bermula,” jelasnya kepada media selepas majlis tajaan TM sebagai rakan tajaan LTdL 2014 di sini, Selasa.

Menurut Emir, pihaknya banyak mengurangkan beberapa perkara yang dirasakan tidak perlu dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kita mendapat peruntukan RM18 juta tidak termasuk wang tajaan lain. Selepas ditambah jumlah keseluruhan kita rasakan hanya menggunakan RM15 juta yang diperuntukkan (KBS) selebihnya akan dikembalikan ke dana MSN untuk mereka gunakan wang itu bagi aktiviti lain.

“Kekurangan kos ini adalah hasil daripada usaha awal kami dan MSN, yang mana polisi perbelanjaan berhemah digunakan.

“Yang penting kuasa perundingan yang dibuat pihak MSN memberi banyak kesan positif. Kami juga telah mengurangkan tenaga kerja seramai seratus orang serta mengurangkan acara-acara sampingan yang tidak penting.

“Kita juga turut kurangkan beberapa kontraktor kerana kita sudah mencapai satu tahap yang boleh membuat rundingan sendiri,” tambahnya.

Sementara itu, TM terus menjadi penaja rasmi bagi kemudahan telekomunikasi LTdL dan tiga anugerah untuk pelumba Malaysia.

Anugerah Raja Pecut TM (RM2,500), Raja Bukit TM (RM2,500) dan Juara keseluruhan TM (RM 5,000).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");