Berita Hari Ini

Khidmat KTMB semakin baik

nawawi

KUALITI perkhidmatan komuter yang dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) semakin baik, terutama dari segi ketepatan masa kereta api.

Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dilantik memegang jawatan itu bermula 24 Februari 2014 berkata, ketepatan masa operasi kereta api kini mencecah kadar 97 peratus sekarang, berbanding beberapa tahun lalu.

“Perkhidmatan komuter merupakan antara penyumbang pendapatan yang tinggi kepada kami buat masa ini.

“Apabila landasan dua hala utara ke selatan siap, kami menjangkakan perkhidmatan KTMB yang lain juga dapat ditingkatkan, misalnya perkhidmatan antara bandar dari dua kali sehari kepada enam kali sehari,” katanya dalam majlis lawatan rasmi ke Depoh KTMB di Sentul, baru-baru ini.

Sementara itu, Nawawi berkata, landasan dua hala Ipoh ke Padang Besar dijangka siap sepenuhnya pada November tahun ini.

Menurutnya, pembinaan landasan dua hala itu merupakan antara perancangan strategik KTMB ke arah dunia persaingan yang berbeza.

“Saya melihat situasi ini memberikan peluang kepada KTMB untuk meningkatkan prestasi dan kualiti dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di samping meningkatkan pendapatan syarikat.

“Kami juga menjangkakan landasan dua hala tersebut akan meningkatkan pendapatan perkhidmatan kargo kami kepada maksimum lima kali ganda daripada jumlah kargo 2013 iaitu RM137 juta,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");