Isu Panas

Krisis PKR, peluang BN

krisis pkr

SERI KEMBANGAN – Perbalahan dalaman PKR yang agak kritikal dilihat memberi peluang kepada BN melakar kejutan sekali gus memenangi PRK Dun Kajang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, faktor tersebut memberi kelebihan kepada BN selain menyifatkan rakyat sudah muak dengan hala tuju pentadbiran pembangkang.

“Pengosongan kerusi Dun Kajang dan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dun terbabit hanyalah untuk menyembunyikan krisis dalaman melibatkan pimpinan PKR.

“Bagi saya, rakyat di Kajang mempunyai pertimbangan rasional sekali gus menghukum mereka,” katanya sebelum sesi lawatan bersama penduduk Taman Impian Ehsan berhubung krisis air yang melanda kawasan itu.

Menurutnya, persediaan rapi dilakukan jentera BN juga diyakini mampu menarik undi rakyat di Dun tersebut khususnya pengundi atas pagar.

“Undi mereka dan golongan muda terutamanya amat berharga. Saya yakin jentera parti sudah mempersiapkan jentera bagi menarik undi daripada golongan ini,” katanya.

Pada sidang media sama, Abdul Rahim berkata, tiga lori tangki Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah dipersiapkan bagi membantu 35000 penduduk yang terjejas akibat krisis tersebut.

“Setiap lori dengan muatan 10,000 liter setiap satu telah dikerahkan bagi membantu pihak Syabas menyelesaikan krisis air yang melanda sejak tiga minggu lepas,” katanya.

Abdul Rahim berkata, selain Taman Impian Ehsan, bantuan disalurkan pihak ATM turut meliputi 20 kawasan lain termasuk di Balakong.

“Banyak kawasan yang berdepan krisis tersebut dan bagi pihak ATM kita akan terus membantu selagi diarahkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan diberikan itu merupakan sebahagian usaha ATM mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Dalam situasi meruncing seperti ini ATM selaku pihak bertanggungjawab akan memastikan bantuan terbaik diterima penduduk,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");