Jenayah

Kunci Pintu Elak Polis

jenayah

Kuala Lumpur: Pemilik sebuah restoran di Jalan Yap Ah Loy, di sini, mengunci pintu dari luar bagi mengelak pelanggannya ditahan dalam Ops 6P dijalankan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), semalam.

Namun, tindakannya gagal apabila pihak penguat kuasa memecahkan pintu dan mendapati hampir 50 pelanggan warga asing menikmati makanan di restoran yang terletak di tingkat dua bangunan kedai itu.
Selepas memasuki premis, ada pelanggan cuba melarikan diri melalui pintu belakang kedai berkenaan, namun berjaya ditahan penguat kuasa.

 

Hampir semua pekerja serta pelanggan di restoran berkenaan tidak memiliki pasport asal, sebaliknya hanya mengemukakan salinan pasport.
Ops bersepadu bermula jam 11 pagi itu turut disertai polis, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIWPKL James Musa Singa berkata, pihaknya menyasarkan beberapa kawasan di sekitar UTC Sentral yang menjadi tumpuan warga asing pada hari cuti seperti Jalan Pudu, Plaza Kota Raya dan Jalan Petaling.

 

Selain itu, katanya, pemeriksaan di premis serta peniaga juga dilakukan bagi mengelak peniaga warga asing menyalahgunakan dokumen perjalanan.

 

 

-HARIAN METRO –

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014020205460920140202054609/MA/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");