Perak Hari Ini

‘Mempertahankan Keamanan Bukan Perkara Mudah’: DS Zambry

PERAKTODAY1

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang memasuki hari kedua, hari ini masih terasa dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah saudara mara bagi berkongsi kegembiraan meraikan ketibaan tahun kuda.

Di Impiana Hotel Ipoh, Dewan Perhimpunan Cina Perak (DPCP) tidak ketinggalan meraikan perayaan itu yang diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Lebih 300 tetamu yang mewakili pelbagai kaum di negeri ini memeriahkan perayaan itu antaranya Speaker, Datuk SK Devamany dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dalam ucapannya, Zambry mengharapkan agar sambutan itu akan terus diraikan oleh semua kaum bagi mengeratkan hubungan serta perpaduan yang sedia terjalin.

“Hari ini, kita dapat berkumpul dan meraikan perayaan ini bersama-sama walaupun berbeza latar belakang politik,” katanya.

Jelasnya lagi, 2014 merupakan tahun kuda yang membawa makna keamanan dan kedamaian kepada semua.

“Sebagai pemimpin, kita perlu terus memastikan keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara ini terus terpelihara,” katanya.

Tambah Zambry lagi, mengekalkan keamanan dan kedamaian itu bukalah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan semangat juang yang tinggi.

Sementara itu, menurut Presiden DPCP, Chai Wai Keong, perayaan yang disambut tahun ini cukup bermakna apabila pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut.

“Semoga tahun baru ini memberi rahmat kepada semua dan keharmonian dapat terus dikekalkan,” katanya.

Tegasnya, DPCP telah menganjurkan lebih 40 aktiviti kebudayaan yang bertujuan menggalakkan kemesraan dan memupuk semangat muhibbah antara kaum selain menjana ekonomi rakyat Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");