Jenayah

Polis Nyaris Dilanggar

polis nyaris dilanggar

BATU GAJAH – Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap tiga lelaki setelah mereka cuba melanggar anggota polis ketika melarikan diri dalam satu sekatan jalan raya Ops Cantas dekat Tronoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif berkata, ketika kejadian pada jam 1.35 pagi itu, tiga suspek yang memandu kereta Proton Perdana dikatakan cuba mengelak sekatan jalan raya di Kilometer 24, Lebuhraya Ipoh – Lumut dengan melawan arus.

“Suspek memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan mematikan lampu sebelum seorang pegawai kita menghampiri kenderaan terbabit dan meminta ketiga-tiga suspek keluar.

“Suspek bagaimanapun tiba-tiba memecut kenderaannya dengan laju dan cuba melanggar anggota berkenaan namun anggota terbabit sempat mengelak dan melepaskan tembakan amaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shaharon Anuar menambah, Perdana dinaiki tiga lelaki itu memecut laju melawan arus ke arah kawasan lombong berhampiran Taman Tasik Putra.

“Team Cantas dibantu oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) menjejaki kenderaan suspek tetapi gagal mengesan kereta berkenaan.

“Anggota ronda Balai Polis Tronoh berjaya mengesan kereta tersebut di tepi lombong pada jam 9.30 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata, pasukan forensik menjumpai 15 kesan cap jari dan siasatan awal mendapati tayar kenderaan suspek pancit berkemungkinan terkena batu atau objek keras.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas penama seorang lelaki berumur 34 tahun beralamat di Tronoh Mine dengan rekod berkaitan penagihan dadah.

Menurutnya, polis sedang mengesan dan menjejaki ketiga-tiga suspek terlibat.

 

 

 

– SINAR HARIAN –

http://www.sinarharian.com.my/polis-nyaris-dilanggar-1.246454

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");