Perak Hari Ini

Penipuan African Scam, Macau Scam Libat Kerugian Jutaan Ringgit

PERAKTODAY56

African Scam dan Macau Scam merupakan antara dua kegiatan penipuan yang dikesan terus berleluasa di Perak dengan nilai kerugian mencecah jutaan ringgit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Supt Maszley Minhad, orang ramai perlu lebih berhati-hati semasa melayari lawan sesawang seperti Facebook, email atau menjalinkan hubungan persahabatan terutama sekali melibatkan warga asing.

Ini kerana katanya, hampir 90 peratus mangsa penipuan sindiket ‘African Scam’ adalah kaum wanita yang mewakili golongan profesional.

“Antara taktik yang digunakan ialah menyamar sebagai pegawai kastam palsu dan kemudiannya menyuruh mangsa menyerahkan sejumlah wang untuk menebus hadiah yang dihantar oleh kenalan luar negara tersebut,” jelasnya kepada pemberita di Ipoh, Khamis.

Katanya lagi, pada tahun 2013, sebanyak 91 kes membabitkan African Scam telah dilaporkan dan pada bulan Februari ini sahaja, sebanyak 15 kes telah dilaporkan kepada polis.

Tambah Maszley lagi, nilai penipuan itu masing-masing mencecah sebanyak RM2 juta dan hampir RM1 juta bagi tempoh bulan Februari ini sahaja.

Sementara itu, penipuan ‘Macau Scam’ pula katanya, menggunakan kaedah ‘voice Over internet protocol (VoiP)’ bagi menyakinkan mangsanya melalui panggilan telefon

“Mangsa akan menerima satu panggilan telefon yang menyatakan dirinya telah menggunakan kad kredit di luar negara secara berlebihan dan sedang disiasat oleh pihak polis dan Bank Negara,” katanya.

Ujarnya, kaedah VoiP itu mampu mengaburi nombor sebenar badan terbabit dan ahli sindiket akan menyamar dan memberi nasihat berkenaan situasi itu apabila mangsa cuba menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan kepastian berkenaan perkara tersebut.

“Tanpa disedari mangsa akan mempercayainya dan menurut segala arahan yang ditetapkan oleh sindiket tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, bagi 2013 sahaja, sebanyak 80 kes dilaporkan dengan melibatkan 11 tangkapan di Ipoh; Hilir Perak (2 kes), Tapah (1 kes ), Batu Gajah (2 kes) dan Taiping (1 kes).

“Lazimnya kita hanya mampu mengesan pemilik akauan bank sahaja tetapi gagal mengesan dalangnya kerana penipuan ini berlaku dalam talian,” jelasnya lagi.

Kebanyakan mangsa Macau Scam katanya, terdiri daripada pemengang kredit kad dan setakat ini, sebanyak 25 kes sudah dilaporkan yang melibatkan kerugian hampir RM3 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");