Perak Hari Ini

Rakyat Puas Hati Dengan Agihan BR1M 3.0

ina“Cara agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0  kali ini lebih memudahkan penerima”.

Begitu ulasan kebanyakan penerima BR1M 3.0 yang ditemui oleh Peraktoday.com.my yang mana hampir 6 juta penerima di seluruh negara, hari ini menerima bantuan RM650 dan tambahan RM50 untuk insuran bagi setiap ketua isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan manakala yang bujang pula menerima bantuan RM300 seorang.

Menurut penerima lagi, kaedah saluran terus ke akaun bank  amat  memudahkan semua pihak terutama sekali bagi golongan penerima yang sudah berusia.

Ini kerana penerima tidak lagi perlu beratur panjang bagi mendapatkan bantuan tersebut sekaligus dapat mengelak kejadian yang tidak diingini terutamanya membabitkan golongan yang sudah berumur.

Salah seorang penerima BR1M 3.0, Faridatul Husna Zulkifli, 24,  berkata kaedah itu perlu diteruskan kerana ia memudahkan penerima kerana mereka tidak perlu lagi beratur panjang.

“Saya harap agar pengagihan BR1M perlu dilaksanakan 2 kali setahun supaya rakyat mendapat bantuan tersebut secara berterusan,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Sufian Hadi, 26, berkongsi pendapat sama dengan Faridatul Husna sambil menyifatkan kaedah itu cukup efektif.

“Jika boleh, saya juga harap agar kaedah mendaftar BR1M dapat dipermudahkan  iaitu dengan mewujudkan badan khas untuk menguruskan semua penerima BR1M yang layak bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk memohon,” jelasnya lagi.

Menjawab mengenai relevan atau tidak berkenaan kenaikan BR1M pada masa hadapan, segelintir daripada orang ramai beranggapan ia tidak perlu ditambah lagi tetapi cukup sekadar meningkatkan jumlah penerima yang sedia ada.

Manakala menurut Aida Razali, keputusan kerajaan meningkatkan kadar bantuan BR1M 3.0 seharusnya dipuji kerana tindakan tersebut dilihat banyak membantu dan memberikan manfaat berikutan masalah kenaikan harga barangan yang masih meruncing.

Jelasnya, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan menghargai setiap bantuan yang diperolehi  dan bukannya terus mempersoalkan jumlah yang diterima tetapi seharusnya menghargai usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat.

“Saya cukup berpuas hati dengan penambahbaikan yang dibuat tahun ini kerana orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang kerana BR1M 3.0 telah disalurkan ke akaun masing-masing,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");