Membawang Hari Ini

Rumah tangga Ajay, Kajol tak goyah

ajay kajol

Tiada rahsia buat Ajay Devgan mengekalkan kebahagiaan rumah tangganya dengan Kajol yang kini memasuki tahun ke-15 dan dikurniakan dua anak iaitu Nysa dan Yug.

Menurut Ajay, dalam rumah tangga kita hanya perlu membahagiakan pasangan masing-masing dengan menjaga perasaannya, menghormatinya dan tunaikan tanggungjawab.

“Saya tak percaya sukar untuk mendapatkan kebahagiaan di Bollywood. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sama ada kita orang terkenal atau tidak, ia tidak penting. Sesiapa saja yang sudah berkahwin mesti mengutamakan rumah tangga,” katanya yang bakal muncul menerusi dua filem baru lakonannya, Action Jackson dan Singham 2.

Dalam pada itu, Kajol pula berkata, sejak berkahwin Ajay berjaya mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih tenang.

“Hidup saya lebih stabil sekarang dan boleh kawal perasaan. Untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, setiap hari kita, kena raikan dan gembirakan pasangan kita bukannya pada hari tertentu seperti pada hari jadi atau musim perayaan saja,’ katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");