Berita Hari Ini

Denggi: Perlis catat peningkatan

nyamuk

KANGAR – Perlis merekodkan peningkatan kes denggi 73.7 peratus bagi tempoh Januari hingga 8 Februari lalu, iaitu 33 kes berbanding hanya 13 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Perlis, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, kebanyakan kes dilaporkan di tiga lokaliti dengan dua masih aktif iaitu Taman Hijrah dan Kampung Guar Syed Alwi, di sini.

Peningkatan kes ini berpunca daripada sikap orang ramai yang masih kurang prihatin terhadap pembiakan nyamuk Aedes, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sambil menasihati penduduk memastikan kawasan sekitar premis mereka bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes, Dr Ghazali berkata mereka yang dikesan melakukan kesalahan membenarkan pembiakan Aedes akan dihadapkan ke mahkamah.

Mereka berdepan denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan berulang, katanya.

Menurut Dr Ghazali pihaknya sudah melancarkan Operasi Gempur Aedes siri 2/2014 pada 8 Feb lepas yang menyaksikan 228 premis diperiksa.

Tiada kompaun dikeluarkan dan operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");