Isu Panas

Saya Bukan Pelobi – Zaid

zaid pcPETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pada Khamis menafikan beliau pernah melobi untuk mendapatkan projek kerajaan Selangor.

Menurut bekas pemimpin PKR itu, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam dua syarikat seperti didedahkan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pada Rabu yang mendakwa beliau cuba meminta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam dua projek berkenaan.

“Saya tiada kena-mengena dengan kedua-dua syarikat itu. Malah mereka juga bukan kawan saya. Tapi Rafizi seolah-olah gambarkan syarikat ini saya punya.

“Saya hanya hantar e-mel kepada Rafizi meminta supaya pihaknya mempertimbangkan permohonan pihak terbabit yang dianggap wajar dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di sini, Khamis.

Ketika ditanya apakah yang mendorong beliau berbuat demikian, Zaid berkata, sebagai orang politik, sudah menjadi kebiasaan untuk cuba membantu apa yang diajukan mana-mana pihak kepada kerajaan negeri pada waktu itu.

“Itulah kerja orang politik, tolong orang yang minta tolong. Apa yang luar biasa sangat? Saya tulis e-mel, itu bukan melobi.

“Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh jumpa terus Menteri Besar atau Exco. Namun saya tidak buat tindakan susulan,” katanya.

Jelas beliau, kedua-dua syarikat tersebut merupakan pemilik tanah yang berpotensi untuk dimajukan tetapi mempunyai masalah memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Salah sebuah syarikat itu mempunyai masalah kelulusan untuk memajukan tanah seluas 26 ekar kerana kerajaan negeri memberikan syarat yang ketat.

“Sebuah lagi syarikat mahu menjalinkan usahasama dengan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk terbabit sektor pembinaan perumahan,” katanya.

Tegas Zaid, sejak Abdul Khalid menjadi Menteri Besar, beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan sama ada tanah atau projek untuk kepentingan keluarganya.

“Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Abdul Khalid semasa dalam PKR. Saya bukan orang sebegitu. Malah rekod polik saya jauh lebih baik dari Anwar Ibrahim semasa berada dalam Kabinet dan Umno,” katanya.

Justeru, Zaid menyifatkan tindakan Rafizi itu sebagai satu cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

“Dia cuba memusnahkan integriti saya. Kalau nak burukkan saya tak padan dengan e-mel saja…buatlah betul-betul.

“Kenapa dia tak dedahkan adakah permohonan yang saya ajukan itu diluluskan atau tidak? Semak dulu dengan MB atau Exco betul atau tidak. Janganlah amalkan politik fitnah dan kotor demi mempertahankan Anwar,” katanya.

Zaid turut menasihatkan Rafizi supaya tidak berlagak sebagai ‘hero’ kerana sudah menjadi Ahli Parlimen Pandan.

Terdahulu, Zaid mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang. “Anwar kata hanya MCA sahaja pencabarnya tapi peluru berpandu ditujukan kepada saya. Janganlah Anwar berselindung di sebalik Rafizi,” ujarnya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");