Sukan Hari Ini

Sepak takraw mampu ke final

jamaludin hassan

BIARPUN belum mengetahui pasukan mana akan ditentang skuad sepak takraw kebangsaan pada aksi suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Akhir Malaysia, jurulatihnya Jamaluddin Hassan optimis mampu layak ke final.

Laungan itu bukan sekadar cakap kosong tetapi berdasarkan faktor pasukan Malaysia sebagai tuan rumah dan beraksi di gelanggang sendiri.

“Undian telah dibuat dan kita terima ikut kumpulan yang ditetapkan. Kita sasar untuk mara ke peringkat suku akhir tetapi saya kurang pasti siapa lawan kami selepas ini.

“Saya belum tahu kedudukan pasukan lain (pusingan seterusnya) namun kami cuba rebut untuk muncul juara,” katanya beliau selepas undian di Kuala Lumpur semalam.

Pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan B bersama Perancis dan Singapura. Sebanyak 13 negara menyertainya antaranya, Thailand, India, Jepun, Jerman, Amerika Syarikat, Brunei, India, Korea Selatan, China dan Iran.

Pada masa sama, Jamaluddin juga belum putuskan senarai pemain untuk mewakili negara sambil memberi bayangan akan menurunkan pemain berpengalaman bagi menggalas cabaran itu yang bakal berlangsung di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 5 hingga 9 Mac depan.

“Isnin ini baharu saya putuskan pemain lengkap dan harapan saya kita jangan pandang rendah dan ambil mudah dengan pasukan lain. Apa yang mustahak, kita harus berusaha untuk gapai kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail memberi bayangan awal tarikh mesyuarat agung (AGM) PSM yang sepatutnya berlangsung pada April akan ditunda.

Beliau berkata PSM masih belum menetapkan tarikh bagi AGM persatuan berkenaan namun perkara itu akan diputuskan selepas perlawanan pusingan akhir Siri Super Istaf berakhir.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");