Perak Hari Ini

Tarik Semula Video ‘onederful’ Untuk Elak Provokasi Kaum

PERAKTODAY3

Puteri UMNO Perak hari ini mendesak supaya penayangan video klip ‘onederful yang dihasilkan oleh Teresa Kok ditarik balik kerana tindakan wakil rakyat pembangkang itu jelas berbaur hasutan selain boleh memupuk perasaan benci terhadap barisan kepimpinan hari ini.

Ketuanya, Salbiah Mohamed, berkata video klip dengan durasi 11 minit 39 saat itu juga membuktikan sikap pembangkang yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Kandungan video itu daripada segi percakapan dan perbuatannya telah menyentuh peribadi kepimpinan negara serta isu keselamatan negara yang membabitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu,” katanya.

Tambah Salbiah lagi, penayangan video klip itu juga akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum, khususnya Melayu.

“Sebagai seorang pemimpin tertinggi, beliau perlu mengambil kira soal sensitiviti di kalangan masyarakat yang ada di Malaysia iaitu mewujudkan perpaduan kaum,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ipoh, petang tadi.

Katanya lagi, tindakan Teresa yang menggunakan perkataan ‘Malay siee’ juga merupakan satu penghinaan yang amat terlampau terhadap orang Melayu khususnya.

“Kita ini hidup berasaskan kepada toleransi dan perpaduan kaum dan beliau seharusnya tidak mengeluarkan perkataan yang berbaur perkauman seperti itu,” ujarnya lagi.

Justeru, tayangan video klip itu katanya, harus ditarik semula bagi mengelak provokasi dan peristiwa 13 Mei tidak berulang.

Tegasnya lagi, selama ini, Malaysia kekal aman berasaskan perpaduan yang telah terbina antara kaum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");