Sukan Hari Ini

United fokus ubah nasib

unitedVAN PERSIE (kanan) giat menjalani latihan semalam menjelang perlawanan dianggapnya sukar menentang Olympiakos esok:-

LONDON – Tatkala harapan untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan tampak semakin samar, Manchester United pastinya mahu membuktikan sesuatu ketika berdepan Olympiakos dalam aksi pertama pusingan kedua kalah mati di Stadium Karaiskakis awal pagi esok.

Mempamerkan prestasi hambar dalam aksi liga domestik setakat ini, skuad kendalian David Moyes tidak lagi memiliki pilihan lain kecuali muncul juara musim ini untuk kembali ke pentas Eropah musim depan.

Ketika ini, skuad kendalian Moyes ketinggalan 11 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Liverpool yang mengutip 56 mata.

Namun, skrip berbeza United yang menjuarai Kumpulan A kempen Liga Juara-Juara dilihat mampu menyuntik moral The Red Devils awal pagi esok.

“Hanya ada satu pasukan yang bakal muncul juara dan ia sesuatu yang cukup sukar.

“Hanya pemain yang bertuah mampu mendakap trofi Liga Juara-Juara lebih daripada sekali.

“Kesemua pasukan juga dilihat bertambah kuat dari musim ke musim dan menjadikannya bertambah sukar.

“Sudah tentu bukan mudah memburu trofi Liga Juara-Juara apabila kesemua pasukan mahukannya,” kata penyerang United, Robin van Persie.

Menjelang aksi awal pagi esok, United dilihat berada dalam prestasi terbaik sebaik mengatasi Crystal Palace 2-0 dalam aksi liga domestik kelmarin.

Namun pengendali Olympiakos, Michel percaya anak-anak buahnya mampu menyerap tekanan United.

“Kemenangan 4-0 ke atas OFI Crete (liga domestik) baru-baru ini cukup indah.

“Jadi, saya mahu kesemua pemain memiliki tahap konsentrasi dan semangat yang sama ketika berdepan United nanti.

“Setiap aksi cukup penting tidak kira domestik mahupun Eropah, jadi kami akan memberikan yang terbaik,” kata Michel.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");