Jenayah

UPP rampas petrol seludup

petrol seludup

Kuala Kedah: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah menahan sebuah lori tangki dipercayai cuba menyeludup 21,600 liter petrol ke stor haram di Durian Burung, Padang Terap, semalam.

Komander UPP Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata anggotanya yang meronda di kawasan Pokok Sena terserempak dengan sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10.30 malam.

Lori dipintas

Selepas mengekori sejauh kira-kira 30 kilometer (km), katanya, anggota UPP memintas lori berkenaan dan menahan seorang pemandu berusia 24 tahun di Kampung Baru, Padang Sanai, Kuala Nerang untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemandu lori yang menetap di Alor Setar itu hanya menunjukkan invois muatan dan ia mencurigakan anggota kami yang terus memeriksa lori berkenaan.

“Pemeriksaan menemui 21,600 liter petrol yang dipercayai cuba dibawa ke stor haram berhampiran Durian Burung untuk diseludup ke negara jiran.
“Kita masih menyiasat sumber petrol itu diperoleh manakala lelaki itu mendakwa diupah selepas mengambil lori itu dari seseorang di Pokok Sena tanpa mengetahui tujuannya,” katanya pada sidang media di pejabat UPP Kuala Kedah, semalam.

Abdul Latif berkata, lori tangki itu dipercayai dibawa dari luar kawasan dan menukar pemandu di beberapa lokasi sebelum diambil alih lelaki terbabit.

Pekerja baru

Katanya, pemandu itu mendakwa baru bekerja dengan sindiket terbabit dan melakukan kegiatan sama dua kali sebelum ditahan.

“Sindiket ini dipercayai aktif di sekitar Durian Burung kerana menyangka kawalan lemah di sekitar kawasan sempadan Kota Putra.

“Mereka silap kerana anggota UPP sentiasa menjalankan rondaan untuk membanteras kegiatan penyeludupan,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");