Berita Hari Ini

Boustead, TLDM jalin kerjasama

usahasama

BOUSTEAD Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) menerusi syarikat sekutunya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjalinkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam membangunkan dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang kejuruteraan maritim.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, perjanjian ini akan membolehkan BNS menggunakan kepakaran tiga pegawai TLDM yang akan dipinjamkan daripada perkhidmatan tentera untuk berkhidmat secara sementara di BNS.

“Pegawai itu akan berkhidmat selama dua tahun dan selepas itu mereka akan digantikan dengan pegawai lain daripada TLDM.

“ketiga-tiga pegawai itu akan mengisi kekosongan di jabatan sokongan penambahbaikan berterusan dan jabatan pengeluaran,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman bersama TLDM di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Pengerusi BHIC Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengarah Operasi BHIC Laksamana Datuk Yahya Hashim dan Ketua Staf Sumber Manusia TLDM Datuk Sabri Zali.

Menurutnya, BHIC percaya kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan akan membolehkan penambahbaikan dan memantapkan lagi operasi syarikat dan industri maritim secara amnya.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, kerjasama itu adalah inisiatif perkongsian strategik yang pertama bagi kedua-dua pihak dalam jangka panjang.

“Kerjasama ini tidak hanya tertumpu kepada pembangunan sumber manusia tetapi juga melibatkan penyelidikan bagi membangunkan teknologi baharu dan penambahbaikan teknologi sedia ada untuk pembangunan industri maritim negara,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");