Sukan Hari Ini

Cukup memalukan – Sagna

sagna

SAGNA (kiri) akan membantu Arsenal untuk berjuang habis-habisan menamatkan kemarau trofi The Gunners sejak sembilan tahun lalu.

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Bacary Sagna mengakui sukar untuk menerima kenyataan selepas menyaksikan pasukannya kemarau trofi sepanjang sembilan tahun.

Sagna menegaskan, faktor tersebut menyebabkan ramai bintang-bintang The Gunners meninggalkan pasukan London tersebut.

Pemain-pemain yang dimaksudkan itu antaranya Samir Nasri yang berhijrah ke Manchester City, Robin van Persie (Manchester United) dan Cesc Fabregas (Barcelona).

Musim ini, Arsenal dalam landasan terbaik untuk memburu kejuaraan sebagaimana skuad kendalian Arsene Wenger berada dalam perebutan gelaran Liga Perdana England.

Selain aksi liga, The Gunners meneruskan perjuangan dalam kejohanan Piala FA.

Sagna yang memberikan bayangan bakal kekal bersama Arsenal pada musim depan, menegaskan pasukannya akan berjuang habis-habisan untuk menamatkan badi The Gunners tersebut.

Sebagai rekod, Arsenal kini menduduki tangga kedua liga dengan kelebihan 59 mata dan dipisahkan satu mata dengan pendahulu, Chelsea sepanjang 27 perlawanan.

“Ia mungkin piala pertama saya (jika Arsenal memenangi salah satu kejuaraan Liga Perdana England atau Piala FA).

“Saya telah kekal di sini selama tujuh tahun dan dalam tempoh itu, ia agak memalukan buat kelab, peminat dan diri kami sendiri kerana gagal meraih sebarang kejuaraan.

“Kini, misi kami adalah untuk terus kekal di tangga teratas liga. Kami memiliki satu pasukan berkualiti untuk berjaya pada akhir musim ini.

“Begitupun, kami harus mengekalkan fokus dan mempelajari kesilapan lalu. Apa yang mustahak, Arsenal sudah tidak sabar untuk menjulang trofi pada musim ini,” katanya.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");