Sukan Hari Ini

Kien Keat sedih nasib Boon Heong

tan beng heongTAN BOON HEONG masih mencari pengganti yang sesuai selepas Kien Keat meninggalkan BAM:-

KOO Kien Keat melahirkan rasa simpati terhadap bekas rakan sepasukan, Tan Boon Heong berikutan daripada keputusannya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang turut hadir pada sidang akhbar bersama BAM semalam bagaimanapun berharap Boon Heong dapat meneruskan karier dan mencipta lebih banyak kejayaan bersama pasangan baharunya nanti.

“Saya rasa amat sedih kerana saya rapat dengan dia selepas 7 hingga 8 tahun menjadi pasangan beregu, kami kalah sama-sama dan menang sama-sama.

“Saya pun rasa susah hati tetapi saya perlu buat keputusan pada masa yang tepat. Dia masih ada masa depan yang cerah di sini kerana dia masih muda, baru 27 tahun.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, dia mampu menjadi beregu yang baik sama ada bersama pemain muda atau yang berpengalaman,” jelas Kien Keat.

Tambah Kien Keat, dia yang akan menyambut kelahiran anak pertama dijangka April ini masih belum mempunyai perancangan untuk meneruskan karier sebagai pemain profesional.

“Bagi saya yang akan menjadi bapa dalam masa terdekat, saya rasa lebih baik saya mengutamakan keluarga dahulu,” jelas Kien Keat.

Mengulas mengenai pasangan baharu untuk Boon Heong, Timbalan Presiden II BAM, Mohamad Norza Zakaria meminta para jurulatih segera melakukan tugas mereka mencari gandingan baharu untuk mempercepatkan persiapan beregu negara untuk menghadapi Piala Thomas di India, Mei depan.

“Kami juga berbincang mengenainya (Boon Heong) tetapi jurulatih yang akan menentukan pasangan dia. Kami bukan teknikal tetapi saya pesan kepada mereka jangan mengambil masa terlalu lama,” tambah Mohamad Norza.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");