Perak Hari Ini

Demam Denggi: 36 Kematian Direkodkan Januari-Feb Tahun Ini

denggiSebanyak 36 kematian akibat demam denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, kira-kira 120 kawasan panas demam denggi turut dikenalpasti dan bagi tempoh sama, pihaknya menerima lebih 18,000 laporan kes demam denggi di seluruh negara.

Untuk itu, pihak kementerian katanya, menganjurkan program gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan Aedes yang membabitkan 10 lokasi di seluruh Malaysia termasuklah di Taman Batu Gajah Perdana, dekat Ipoh, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Persatuan India Daerah Kinta, di Ipoh sebentar tadi, Subramaniam berkata, tahap kesedaran rakyat tentang kebersihan masih rendah sekaligus menyukarkan usaha kerajaan untuk membanteras penularan demam denggi.

Selain itu, beliau berkata, saluran longkang yang bertakung dan tidak dibersihkan secara berjadual oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menjadi punca kepada peningkatan kes demam denggi.

Tegasnya lagi, PBT juga perlu memastikan pemungutan sisa pepejal dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan kerana tahap kesedaran masyarakat mengenai kebersihan masih rendah.

“Tanpa kerjasama dan perancangan rapi, usaha kita untuk membanteras demam denggi tidak akan berjaya,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar berikutan masalah jerebu yang kembali melanda negara ini.

“Minum banyak air dan pakai topeng muka apabila perlu,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");