Sukan Hari Ini

Hafifi tak berhak tentu siapa jurulatih: Zolklpes

Datuk Seri Zolklpes Embong

Kuala Lumpur: Datuk Seri Zolklpes Embong membidas Mohd Hafifi Mansor dengan menegaskan atlet angkat berat itu tidak berhak menentukan siapa jurulatih skuad negara, sebaliknya ia adalah kuasa Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

Menurut Ketua Pengarah MSN itu, tindakan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2010 yang enggan berlatih di bawah bimbingan Faizal Baharom tidak boleh diterima dan menegaskan penolong jurulatih berkenaan sudah membuktikan kemampuannya membimbing atlet angkat berat lain.

“Dia bernasib baik sebab PABM tidak ada undang-undang macam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kalau tak sudah tentu digantung mengikut Artikel 88. Dia komen mengikut masalah peribadi saja.

“Dia bernasib baik sebab PABM tidak ada undang-undang macam FAM, kalau tak sudah tentu dia digantung” Zolklpes Embong, Ketua Pengarah MSN

“Hafifi tak perlu beri komen, kita pun takkan letak dia di bawah Faizal. Apa yang dia cakap tak bagus, tak perlu pertikai mengenai jurulatih, kalau pasal latihan tak apa. Lagipun Faizal memang bagus. Dia sudah buktikan pada kami,” katanya semalam.

Semua sudah dipenuhi

Zolkples diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PABM, Datuk Ong Poh Eng kelmarin yang mendedahkan Hafifi yang sedang berlatih di Indonesia sedia pulang untuk berlatih di bawah kendalian jurulatih elit baru Wang Zhi Quan.

Namun, Poh Eng memberitahu Hafifi enggan berlatih sekiranya diletakkan di bawah Faizal.
“Kita bukan tak bagi buat kenyataan, tapi dia (Hafifi) tak perlu berikan sebarang komen mengenai dasar pentadbiran kerana itu bukan bidang tugas dia. Ia bawah MSN dan PABM. Tugas dia hanyalah berlatih,” tambah Zolkples.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");