Sukan Hari Ini

Harimau Malaya gagal atasi Filipina

MALAYSIA FILIPINAAIDIL (jesi kuning) diasak penjaga gol Filipina, Patrick Philip Deyto pada aksi persahabatan di stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi:-

JIKA perangai penonton bola sepak negara terus liar seperti yang ditonjolkan pada aksi persahabatan antara Harimau Malaya dengan Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, tiada pasukan mahupun pemain luar negara berminat untuk mengadakan perlawanan di Malaysia.

Insiden balingan mercun, bom asap serta pembakaran api suar ‘mewarnai’ aksi persahabatan di Selayang malam tadi, dan insiden tersebut sangat memalukan.

Akibat perbuatan biadap itu, perlawanan dihentikan seketika kerana dianggap mengganggu perjalanan perlawanan tersebut.

Kejadian itu yang dipercayai perbuatan daripada kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Ultras Harimau Malaya’, berlaku ketika permainan sudah memasuki minit ke-31.

Difahamkan, perbuatan mereka itu adalah sebagai tanda protes terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Begitupun, pegawai pertandingan akhirnya membenarkan perlawanan diteruskan selepas Ultras Harimau Malaya tidak meneruskan perbuatan tidak bermoral mereka itu.

Pada aksi malam tadi, Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan skuad bimbingan Thomas Dennis Dooley.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee jelas mempamerkan persembahan bertenaga dengan mempamerkan corak permainan yang lebih kemas.

Asakan skuad negara bermula daripada percubaan tepat pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajuddin yang berjaya menanduk bola dan menewaskan penjaga gol Filipina, Patrick Phillip Deyto, tetapi jaringannya tidak disahkan oleh pengadil perlawanan.

Pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan Yaacob membatalkan jaringan Amirizwan selepas mendapati jaringan tonggak Angkatan Tentera Malaysia itu terkena tangannya sebelum bola masuk ke dalam gawang pada minit ke-11.

Selang empat minit kemudian, giliran kapten Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak menguji gawang The Azkals, naum tandukannya terkena palang.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Azkals kembali mengatur gerak tetapi keputusan tanpa jaringan kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, skuad Harimau Malaya mengekalkan corak bertenaga apabila hampir berjaya memecah kebuntuan tetapi tendangan Bobby Gonzales berjaya ditepis keluar oleh Deyto pada minit ke-52.

Serangan bertali arus terus menghantui benteng pertahanan The Azkals dan skuad negara hampir berjaya mencipta gol pertama menerusi pemain gantian, S. Kunanlan.

Namun, nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila Kunanlan gagal menolak bola ke dalam gawang hasil hantaran dari Amri Yahya pada minit ke-69.

Tiada sebarang gol dihasilkan sepanjang 20 minit terakhir perlawanan meksipun menyaksikan penguasaan penuh oleh pasukan kebangsaan dan kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");