Membawang Hari Ini

Apek nak buat filem KucingMan?

apek

Kak Pora diberitahu oleh rakan setugas, dia mendengar khabar, pelawak senior Saiful Apek kecewa teramat sangat kerana untuk filem Cicakman 3 terbitan KRU Studios beliau tidak dipilih untuk membawa watak adiwira itu. Sampai menangis juga Apek dibuatnya gara-gara tak dapat watak itu, ye ke? Watak itu diberikan kepada Zizan Razak. Kini, Cicakman 3 masih rancak membuat penggambaran.

Kak Pora faham kenapa Apek sedih. Maklumlah, watak superhero tempatan seperti Cicakman dah sinonim sangat dengan Apek, malah menerusi lakonannya itu jugalah dua sekuel filem itu mendapat kutipan boxoffice.

Tentulah Apek mengharapkan untuk Cicakman 3, dia diberi peluang lagi dan itulah juga ruang untuk menaikkan semula namanya yang kini agak tenggelam dibayangi pelawak generasi baru.

Namun, kedukaan Apek itu membuatkan Apek bersemangat untuk menerbitkan filem sendiri dengan judul KucingMan. Kak Pora mendapat tahu, Apek mahu terbitkan satu lagi filem adiwira baru untuk bersaing dengan Cicakman. Projek filem KucingMan kini sedang dalam proses perancangan dan Apek sedang mencari rakan kongsi untuk menerbitkan filem itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");