Isu Panas

JMM sudah jangka Teresa enggan mohon maaf

teresa kok

SHAH ALAM – NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) memandang serius atas keengganan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atas penghasilan video ‘Onederful Malaysia’ yang didakwa menyentuh sentimen perkauman dan agama.

Timbalan Presidennya, Omar Salleh berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Exco Selangor itu.

“Saya sudah menjangka perkara ini akan berlaku, buat masa ini saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkenaan dengan isu ini.

“Namun pihak kami akan memikirkan langkah yang strategik untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Teresa mengulangi pendiriannya untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia, berhubung klip video dihasilkannya walaupun didesak banyak pihak supaya berbuat demikian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");