Berita Hari Ini

Siri jelajah muflis diteruskan di Perak

sohaimi

MELAKA – Sekretariat Bebas Muflis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka berjaya menganjurkan Siri Jelajah Taklimat & Pendaftaran di Dewan Warisan, Tingkat 8 Bangunan Graha Umno, Sabtu lalu.

Sekretariat komited untuk terus turun padang bagi mendengar rintihan mangsa muflis, memberi khidmat nasihat dan menggalakkan lebih ramai individu muflis tampil mendaftarkan diri ke Jabatan Insolvensi.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, destinasi sekretariat seterusnya adalah di Perak pada 15 Mac depan.

Beliau berkata, program sebegini akan diperluas dan jaringan kerjasama akan ditambah bagi menjadikan program mencapai objektif dan memberi harapan baru kepada golongan sasaran.

“Ini adalah satu usaha khidmat komuniti sukarela yang berjuang membantu rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Program ini katanya, membolehkan orang ramai yang menghadapi masalah kebankrapan mendaftar diri dengan sekretariat untuk diajukan kepada Jabatan Insolvensi agar kes mereka dapat selesaikan.

“Cara ini lebih baik daripada terus menyembunyikan diri dan menghadapi kesulitan kehidupan harian,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Sekretariat, Mohd Mustafa Hamzah pula berkata, mereka akan turun ke akar umbi untuk berjumpa dengan seramai mungkin individu muflis kerana ada di antaranya disebabkan masalah teknikal.

“Ada juga di antara mereka yang telah diisytiharkan muflis ini tidak tahu apa peranan dan tanggungjawab mereka selepas mereka muflis.

“Sekretariat Bebas Muflis ditubuhkan bertujuan menjadi jejambat penghubung antara rakyat Malaysia yang muflis dengan Jabatan Insolvensi di samping memberi penerangan dan konsultasi berguna untuk membebaskan mereka dari kebankrapan,” katanya.

Pendaftaran masih boleh dibuat dengan mengisi borang atas talian bagi memudahkan pengumpulan maklumat dilakukan menerusi laman web sekretariat, http://www.bebasmuflis.com.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");