Sukan Hari Ini

Kalahkan Juventus!

kaka1Kalahkan Juventus! Kaka (kanan) mahu Milan kalahkan Juventus untuk raih semula keyakinan penyokong dan moral pemain:-

AC Milan bakal menghadapi pasukan pendahulu saingan Serie A, Juventus pada awal pagi esok di Stadium Giuseppe Meazza.

Bintang tengahnya, Kaka gesa Rossoneri mencatat kemenangan bagi mendapatkan semula keyakinan tatkala baki kempen liga hanya tinggal 13 perlawanan.

“Kami tak sabar menanti perlawanan ini. Kami harap boleh menulis catatan kecil sejarah di Milan dengan bermain menentang lawan hebat.

“Bagi saya, tiga mata amat besar nilainya untuk saingan liga. Jika mampu tewaskan Juve, pasti tenaga kami bertambah walaupun tahu mereka pasukan kuat musim ini,” katanya.

Milan musim ini tampil agak buruk dan sekadar menghuni kedudukan kesembilan dan kutip 35 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");