Sukan Hari Ini

Kontrak Sabatini dilanjutkan sehingga 2017

kontrakKontrak Sabatini dilanjutkan sehingga 2017 Sabatini (kiri) kekal di Stadium Olimpico, Rome, Itali sehingga 2017:-

KONTRAK Walter Sabatini sebagai Pengarah Olahraga AS Roma berkemungkinan dilanjutkan sehingga tiga tahun mendatang.

Ini kerana, pihak kelab berpuas hati cara kerja dipamerkan Sabatini sejak kebelakangan ini.

Malah, persembahan I Lupi kian meningkat dan membawa masuk pemain berkualiti seperti Gervinho, Kevin Strootman, Mehdi Benatia, Maicon dan Morgan De Sanctis serta tunas muda, Rudi Garcia.

Beliau juga bijak apabila menjual Pablo Osvaldo dan Erik Lamela dengan harga tinggi untuk keuntungan kelab. Perkara ini disahkan presidennya, James Pallotta dalam laman rasmi kelab.

“Saya senang bekerjasama dengan Walter Sabatini. Beliau sebahagian kejayaan kami, kini dan pada masa akan datang,”katanya.

Sebelum bekerja dengan Roma pada 2011, Sabatini sempat memegang jawatan serupa di Lazio dan Palermo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");