Jenayah

Pesawat MH370 Masih Belum Dapat Dikesan – MAS

mas boeing 777-200PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) masih belum dapat mengesan kedudukan atau berhubung dengan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Syarikat penerbangan dalam satu kenyataan pada petang Sabtu berkata, ia sedang berusaha mengesan kedudukan terakhir pesawat di dalam radar sebelum terputus hubungan pada pukul 2.40 pagi Sabtu ialah 065515 Utara (longitud) adan 1033443 Timur (latitud).

“Kami masih cuba untuk mengesan lokasi semasa pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhirnya.

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa untuk mencari pesawat ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini syarikat penerbangan itu masih belum menerima sebarang isyarat atau mesej kecemasan daripada MH370.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberi jaminan bahawa semua sumber dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, butiran penumpang yang menaiki pesawat itu tidak akan dikeluarkan sehingga semua keluarga kepada penumpang telah dimaklumkan mengenai insiden.

Penerbangan itu membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Selain itu, seramai 154 penumpang warga China termasuk seorang bayi, India (5), Indonesia (7), Australia (6), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk 1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1).

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");