Berita Hari Ini

Petronas, Shell umum penemuan baharu

petronas logoPETRONAS dan Shell Malaysia hari ini mengumumkan penemuan minyak di luar pantai Sabah.

Penemuan itu dibuat oleh Shell menerusi telaga Limbayong-2 semasa penggerudian telaga di lapangan gas Limbayong.

“Penggerudian telaga itu telah bertemu dengan pasir yang mengandungi minyak 136 meter dan terdapat rancangan untuk menjalankan lebih banyak kerja-kerja penggerudian bagi menentukan kuantiti yang boleh diperoleh semula daripadanya.

“Petronas amat gembira dengan penemuan ini yang mengesahkan prospek hidrokarbon di kawasan laut dalam Malaysia.

“Penemuan ini membuktikan potensi besar di kawasan ini dan ia merupakan pembangunan positif bagi aktiviti eksplorasi di Sabah dan Sarawak,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Penggerudian telaga Limbayong-2 dijalankan oleh konsortium Shell Malaysia (35 peratus), Conoco Phillips (35 peratus) dan Petronas Carigali Sdn Bhd (30 peratus).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");