Membawang Hari Ini

Sarah, Shuib rakam lagu baharu

shuib sarah

Sudah lama Siti Sarah Raisuddin, 29, tidak muncul dengan album baharu, apatah lagi single. Kali terakhir Sarah muncul dengan single sekitar 2012 menerusi lagu duet bersama suami tercinta, Shuib Sepah. Bagaimanapun, lagu itu tidak meletup seperti diharapkan.

Dulu menerusi beberapa album yang dihasilkan, finalis Bintang RTM 2001 itu pernah meledak dengan lagu Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu dan Jangan Kau Mimpi, selain lagu duet yang diberi nafas baharu bersama Jamal Abdillah, Sandarkan Pada Kenangan.

Kini, selepas dua tahun berehat dalam seni suara kerana memberi tumpuan kepada rumah tangga, Sarah memberitahu, 2014 umpama tahun kemunculan semulanya. Bahkan pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2013 pada 6 April ini, Sarah juga antara artis yang bakal menyerikan segmen persembahan.

Teruja sertai ABPBH

“Saya teruja untuk memeriahkan ABPBH 2013. Jika tidak silap, kali terakhir saya pernah menghadiri ABPBH sebelum saya berkahwin. Insya-Allah, kalau tiada aral, saya akan masuk studio untuk merakam single baharu ciptaan Aidit Alfian. Lagu itu masih berkonsepkan balada seperti kebanyakan lagu saya sebelum ini.

“Malah, suami saya pun dijangka masuk studio juga untuk merakam lagunya. Macam dulu, lagu duet kami memang tiada promosi sangat. Radio pun tak memainkan lagu itu. Kebetulan pula saya mengandung anak kedua. Jadi, lagu itu macam lenyap begitu saja. Ikutkan, single terbaharu ini, saya rakamkan awal lagi sebenarnya. Tetapi ia terbantut sebab sama saja alasan macam saya katakan tadi… saya mengandung anak kedua,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");