Perak Hari Ini

Sukan Ragbi Perlu Dikembangkan Di Peringkat Sekolah: Khairy

kj ragbi

Pengenalan sukan ragbi di peringkat sekolah perlu terus dipergiatkan bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Bawah 17 Tahun Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) petang tadi, Khairy juga mengakui kejohanan seumpama itu dapat melahirkan lebih ramai bakat muda dalam sukan ragbi.

Berdasarkan pemerhatian, corak permainan pemain ragbi negara katanya, nyata tidak mengecewakan dan mereka juga mampu bersaing dengan pemain luar negara.

“Kita boleh memberi fokus kepada kejohanan seperti ini untuk melahirkan bakat-bakat muda dalam sukan ragbi,” katanya.

“Selain itu, saya juga sokong kejohanan ragbi anjuran MCKK kerana ia boleh dijadikan sebagai platform untuk menggalakkan sukan ini terus berkembang,” tambahnya.

Scots College dari New Zealand dinobatkan sebagai juara kejohanan selepas mengalahkan pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

ragbi mckk

Jelasnya, persaingan yang ditunjukkan dalam kejohanan itu juga membuktikan Malaysia tidak jauh ketinggalan dalam sukan ragbi.

Sementara itu, menurut jurulatih pasukan Scots College, Earl Va’a, penyertaan pertama kali buat pasukan itu cukup membanggakan apatah lagi berjaya merangkul gelaran juara.

“Semuanya sempurna, keadaan sekeliling yang bagus, penonton yang peramah dan pasukan kami akan datang semula ke sini,” katanya.

Jelasnya, cuaca merupakan cabaran utama apabila bertanding di Malaysia kerana ahli pasukan itu terpaksa berhadapan cuaca panas tetapi ia bukan menjadi halangan bagi mereka untuk mempersembahkan corak permainan yang terbaik.

Mengulas prestasi pemain Malaysia, jelas Earl, pasukan Malaysia menunjukkan mutu permainan yang baik dan boleh dibanggakan.

Sebanyak 24 pasukan termasuk tiga wakil baharu dari Afrika Selatan, Singapura dan New Zealand menyertai kejohanan tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");