Membawang Hari Ini

Jennifer Lawrence risau gaun Oscar tak muat

jenifer lawPELAKON filem American Hustle, Jennifer Lawrence sudah memilih gaun terbaik untuk menyerlahkan kemunculannya pada Anugerah Akademi yang bakal berlangsung hari ini di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles. Peminat di Malaysia boleh menyaksikan siaran langsung acara gilang-gemilang itu menerusi saluran Fox Movie Premium, esok pukul 8 pagi.

Pelakon yang tersenarai sebagai calon Pelakon Wanita Pembantu Terbaik itu berasa bimbang untuk mengenakan gaun tersebut. Dia risau jika persalinan itu tidak muat dengan bentuk tubuhnya.

“Teruja? Saya cuba untuk pergi ke tempat di mana saya lakukan ukuran baju pada badan itu nanti. Saya sebenarnya sudah mencubanya di Atlanta dan saya fikir saya akan mencuba sekali lagi gaun tersebut buat kali terakhir pada hari berlangsungnya anugerah tersebut.

“Saya harap ia akan muat dan kena pada badan saya nanti,” ujar Jennifer sewaktu ditanya mengenai persiapan untuk berjalan di karpet merah Akademi atau Oscar nanti.

Jennifer bakal menyarungkan gaun daripada jenama fesyen terkemuka, Dior yang direka khas oleh pereka kostum, Michael Wilkinson.

Tahun lepas, Jennifer Lawrence menjadi pemenang Akademi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Silver Linings Playbook. Adakah kemunculannya esok (waktu Malaysia) akan mencatat sejarah sebagai pemenang Oscar kali kedua buat Jennifer, sama-sama kita nantikan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");