Sukan Hari Ini

Suntikan semangat

BOLA SEPAK SEKOLAH TAMILSARAVANAN (dua dari kanan) bersalaman dengan para pelajar yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor dan Kuala Lumpur 2014 di Sungai Buloh semalam:-

KEJAYAAN layak secara merit beraksi pada Kejohanan Badminton Piala Uber 2014 ternyata menyuntik motivasi kepada barisan pemain wanita negara.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, format baharu yang diperkenalkan mulai tahun ini ternyata membawa tuah kepada skuad wanita negara.

“Kami sudah tahu format kali ini berbeza kerana 16 pasukan akan beraksi tetapi saya juga rasa ia bagus untuk menaikkan semangat skuad badminton wanita.

“Anda boleh lihat, apabila mereka layak… semua pemain bekerja keras dan ia secara tidak langsung telah meningkatkan tahap latihan mereka pada satu tingkat yang lebih baik.

“Bayangkan jika tidak layak, latihan mungkin seperti biasa tetapi kini kualiti latihan menjadi lebih baik,” jelas Chin Chai.

Skuad wanita negara layak secara merit apabila menyambar slot terakhir pasukan dari Asia selepas menghuni ranking ke-12 dunia.

Peluang tersebut hadir apabila China selaku juara bertahan dan India yang merupakan penganjur kejohanan, mendapat slot masing-masing secara automatik berdasarkan status mereka itu.

Turut beraksi pada Piala Uber kali ini ialah Jepun, Thailand, Korea Selatan, Indonesia, Denmark, Taiwan, Jerman, Hong Kong, Singapura, Bulgaria, England, Kanada dan Australia.

Edisi kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun lalu kerana pusingan kelayakan tidak diadakan, sebaliknya setiap pasukan disenaraikan berdasarkan kedudukan ranking masing-masing.

Ranking tersebut dilihat berdasarkan jumlah mata yang raih bagi tiga pemain perseorangan dan dua pasangan beregu bagi setiap negara.

Kempen Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Kompleks Siri Fort, New Delhi, India bermula 18 hingga 25 Mei depan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");