Sukan Hari Ini

Chelsea tewas, perebutan kejuaraan terbuka

astonPEMAIN Chelsea, Willian (kanan) cuba membentis pemain Aston Villa Karim El Ahmadi pada perlawanan di Villa Park. Chelsea tewas 0-1:-

PEMBURUAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris kembali terbuka lebar apabila Chelseaa yang ketika ini mendahului dengan kelebihan tujuh mata tewas kepada Aston Villa 1-0.

Namun bagi pengurus Chesea, Jose Mourinho kekalahan itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pasukannya kerana menyifatkan mereka bukan dalam kalangan pasukan yang memburu gelaran tersebut.

Perlawanan itu turut menyaksikan pengurus asal Portugal itu dan dua pemainnya dibuang padang oleh pengadil Chris Foy yang telah melayangkan enam kad merah musim ini.

Mourinho dibuang padang kerana mengkritik pengadil ekoran kad merah yang dilayangkan kepada Ramires kerana dengan sengaja memijak kaki pemain Aston Villa Karim El Ahmadi.

Kini dia menunggu dengan penuh debar apa laporan yang akan ditulis oleh Foy yang mana akan menentukan sama ada Mourinho akan digantung atau tidak.

“Saya mahu tahu apa yang Foy akan tulis tentang soal buang padang ini. Kalau saya dibuang padang sebabsaya masuk ke padang, ada kira-kira 10 orang lagi pengurus melakukan perkara yang sama. Pembantu saya juga masuk ke padang. Paul (Lambert) juga masuk ke padang dengan pembantunya. Gabriel Agbonlahor pula datang mencekik leher Ramires.

“Jadi, kenapa yang lain tidak dibuang padang? Saya tidak sangka saya dihukum sebab saya tidak buat apa-apa. Memang dua kali saya cuba bercakap dengan Foy, sekali atas padang dan sekali sekitar kawasan bilik persalinan. Saya tanya dengan baik kalau saya boleh diberi lima saat untuk bercakap dengannya, tetapi dia enggan,” kata Mourinho.

Sebelum itu pemain pertahanan Chelsea, Willian terpaksa meninggalkan padang setelah dilayangkan kad kuning kedua.

Dengan Chelsea bermain sembilan orang, peluang itu digunakan oleh Aston Villa apabika menjaringkan gol kemenangan melalui Fabian Delph pada minit 82.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");