Isu Panas

Tutup sekolah Cina, fitnah tidak masuk akal – Mei Fun

gambar mei fun_0Kempen hari ketujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang makin rancak dan panas apabila kedua-dua komponen parti yang bertanding cuba mencari jalan untuk menarik sokongan pengundi.

Pembangkang dilihat paling ketara dalam usaha kempen itu dengan para pemimpin dan penceramah menggunakan kaedah memfitnah bagi menjatuhkan imej calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Namun, menurut Naib Presiden MCA itu, segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang, terutama calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk bertemu pengundi bagi menjelaskan perkara sebenar.

Ketika ditemui MalaysiaGazette di Kajang pagi tadi, Mei Fun memberitahu, antara fitnah pembangkang terhadap beliau, selain gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2009, PKR turut menghasut kaum Cina bahawa jika beliau menang, banyak sekolah Cina akan ditutup.

“Ini fitnah tidak masuk akal. Adakah logik saya mahu tutup sekolah Cina. Untuk apa saya hendak tutup sekolah tempat saya dan kaum sendiri serta beberapa bangsa lain belajar di situ,” katanya sambil menyifatkan pembangkang sudah kehabisan modal dan terdesak.

Ditanya adakah beliau akan memperluaskan kempennya ketika cuaca baik selepas jerebu hilang, Mei Fun memberitahu, beliau berkampung di Kajang dan bertemu masyarakat di situ sejak namanya diumumkan sebagai calon lagi.

Katanya, ketika jerebu teruk tiga hari lalu pun beliau tetap meredah keadaan cuaca yang tidak baik itu untuk membuktikan kepada rakyat Kajang beliau bukan pemimpin bermusim seperti pembangkang.

“Calon PKR bukan penduduk tempatan di sini, malah sebelum ini pun dia mungkin tidak pernah kenal Kajang. Hari ini nampak rancak di DUN ini kerana dia dipilih sebagai calon menggantikan suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Mengenai gelombang Cina kepada PKR, Mei Fun berkata, kaum Cina yang menyokong beliau juga di luar jangkaan dan yakin dapat menarik lebih ramai lagi dalam kempen yang berbaki lima lagi.

Beliau turut mengingatkan pembangkang supaya menghentikan kempen memfitnah kerana itu bukan budaya rakyat Malaysia dalam mencapai impian untuk menang.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");