Jenayah

23 individu didakwa ambil dadah semasa pesta hari jadi

SLUG : PPG_DAKWA_PARTI

GEORGE TOWN – Dua puluh tiga individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengambil dadah pelbagai jenis ketika meraikan pesta hari jadi di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini Ahad lepas.

Kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 35 tahun itu didakwa di tiga mahkamah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diwajibkan pengawasan sehingga tiga tahun.

Di Mahkamah Majistret 1, lapan lelaki mengaku tidak bersalah memasukkan dadah ke dalam badan jenis Methamphetamine dan Amphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara pukul 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lepas.

Terdahulu, Majistret L. Uma Devi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");