Membawang Hari Ini

Aishwarya Rai lebih selesa jadi suri rumah

aish

Produser dan pengarah filem Bollywood sudah tidak sabar menanti detik Ratu Bollywood Aishwarya Rai me­nyatakan persetujuan untuk kembali berlakon selepas melahirkan anak sulungnya Aaradhya Bachchan.

Bekas Ratu Dunia itu sekarang dilihat lebih selesa menjadi suri rumah tangga sambil melihat puterinya membesar di depan mata. Kalau ada pun kemunculannya di pentas Bollywood hanyalah sebagai duta produk dan dengan itu juga timbul cerita mungkin menantu kepada Amitabh Bachchan itu sudah bersedia untuk hamil lagi.

Dalam pada itu ada khabar mengatakan Aish­warya bakal membuat kemunculan semula
dalam filem arahan Mani Ratnam.

Menurut sumber, bintang itu belum bersedia meninggalkan Aaradhya dalam jagaan orang lain jika dia berlakon semula.

“Sudah banyak pe­ngarah yang pergi berjumpa dengannya tetapi sayang sekali, dia belum bersedia untuk berlakon lagi. Kelibatnya di layar perak terus dirindui
peminat, namun keutamaannya adalah pada keluarganya.

“Ketika bujang Aishywarya sudah puas menjelajah ke seluruh dunia memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pelakon dan model serta menerima pujian dan sanjungan peminat. Dia sudah puas menikmati hidup sebagai anak seni dan saya yakin sebab itulah sekarang dia mahu memenuhi masanya dengan membesarkan anak­nya sendiri,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu Aishwarya Rai berkata, pada satu ketika hidup manusia pasti akan berubah.

“Saya dapat merasai perubahan itu sekarang. Menjadi seorang ibu adalah rahmat Tuhan yang paling besar untuk saya dan saya akan jalani amanah Tuhan itu dengan baik,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");